Fattah Amin Lancar Single ‘Wanita Terakhir’ Secara Digital


AKTOR Fattah Amin yang memulakan karier bidang seni menerusi lakonan dan kemudian berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan kini mengejutkan peminat apabila muncul dengan single terbaharu.

Lagu single yang berjudul Wanita Terakhir dilancarkan di luar negara, Ahad lalu itu adalah hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan.

Fattah yang berada di Amsterdam, Belanda melancarkan single terbaharunya itu di sana menerusi Facebook Live dan video teaser berdurasi satu minit bagi membolehkan peminat mendengar lagu berkenaan.

Media tempatan melaporkan lagu berkenaan dilancarkan secara digital supaya dapat memudahkan peminat di dalam atau luar negara untuk membuat pembelian lagu tersebut.

Menurutnya, peminat boleh mendapatkan lagu berkenaan menerusi iTunes atau pun Playstore.

Melalui lagu tersebut, peminat dapat melihat sisi berbeza pelakon drama popular Suri Hati Mr. Pilot itu kini lebih matang seiring dengan perkembangan kerjayanya. – Kedahnews.com