PETALING JAYA - Pelakon Fattah Amin menganggap kritikan yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai penyanyi bukan penghalang baginya meneruskan karier dalam bidang nyanyian.
Malah kata pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 27, ini dia juga tidak berasa kecewa apabila dikritik kerana baginya itu adalah rencah biasa dalam dunia hiburan.
"Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni.
"Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan.
"Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik," katanya.
Fattah baharu sahaja tampil dengan single terbaharunya ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan iaitu Wanita Terakhir.
Fattah mahu buktikan kemampuan dirinya dan tidak hanya bersandarkan kepada populariti semata-mata.
Dalam pada itu, Fattah berkata, sebagai langkah memantapkan lagi mutu nyanyiannya dia ada mengambil kelas vokal selain kerap berlatih sekiranya mempunyai waktu terluang.
Kata Fattah, dia bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya kerana tidak mahu dipandang hanya kepada populariti sebaliknya bakat yang ada.
"Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata.
"Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri.
"Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fattah berkata, dia akan menjalani penggambaran muzik video bagi lagu berkenaan dalam masa terdekat ini sebagai langkah promosi Wanita Terakhir.
Selain itu, dia juga bakal memasuki set penggambaran drama bersiri terbaharu 24 episod yang bakal memperlihatkan dia sekali lagi bergandingan dengan Neelofa.
Sumber: mStar