HELSINKI — Ketika tokoh pembangkang terkenal Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) konon sebagai rasuah, lain pula halnya berlaku di Finland.
Negara rantau Skandinavia itu muncul menjadi negara pertama di benua Eropah yang akan memberikan ‘gaji’ bagi rakyatnya masih lagi penganggur sama ada enggan bekerja, baharu dibuang kerja atau belum mendapat kerja.
Ia sekali gus mengatasi 63 buah negara lain di seluruh dunia, baik negara membangun mahupun negara maju yang melaksanakan bentuk sistem bantuan kewangan ala BR1M dengan pelbagai nama bagi membantu rakyat marhaen.
Dalam eksperimen sosial yang diharapkan mampu menurunkan angka kemiskinan dan meningkatkan lapangan kerja itu, ribuan penganggur di Finland akan menerima gaji bulanan sebanyak 560 euro (kira-kira RM2,630).
Percubaan unik ini akan dilakukan selama dua tahun terhadap seramai 2,000 orang penganggur yang dipilih secara rawak dan langkah aneh tersebut sudah pun dimulakan sejak 1 Januari lalu, menurut laporan media tempatan.
Mereka yang terpilih akan menerima wang tunai tersebut pada setiap bulan serta tidak dibebani dengan kewajiban untuk melaporkan setiap penggunaan gaji berkenaan sama ada untuk berhibur, bantu keluarga dan sebagainya.
Wang gaji bulanan bagi setiap penganggur ‘bertuah’ itu tentu sangat jauh di bawah garis purata pendapatan warga Finland yang jika bekerja di sektor swasta, lazimnya menerima upah 3,500 euro (kira-kira RM16,440) sebulan.
Olli Kangas dari KELA, sebuah badan pemerintah yang mengurus isu kebajikan sosial, menyatakan bahawa idea pelaksanaan skim unik itu adalah untuk menghilangkan ‘masalah insentif’ dalam kalangan para penganggur.
Di Finland, seorang penganggur pada kebiasaannya sanggup menolak sebarang pekerjaan dengan upah rendah atau tempoh masa kerja pendek khasnya sektor karier yang dirty, dangerous, difficult atau disebut juga sebagai 3D.
Ini kerana penganggur terbabit mungkin berasa bimbang dengan hasil keuntungan kewangan mereka bakal menurun drastik di bawah sistem jaminan sosial Finland yang lazimnya sangat murah hati tetapi agak rumit ini.
Skim tersebut dibentuk agar para penganggur terlibat masih lagi berhasrat untuk bekerja apa pun tanpa berasa risau mereka mungkin kehilangan pelbagai program tunjangan sosial daripada agensi kebajikan pemerintah.
“Mereka yang terpilih ini tetap menerima imbuhan 560 euro sebulan meskipun sudah berjaya mendapatkan pekerjaan tetap sepanjang waktu percubaan selama 24 bulan ini,” kata Olli yang dipetik portal berita tempatan.
Skim gaji tersebut, tambah beliau, sekali gus menjadi eksperimen berkaitan perilaku rakyat, khususnya yang tidak memiliki sebarang pekerjaan bagi melihat sejauh mana mereka boleh membina kehidupan masa depan lebih baik.
“Apakah skim ini akan dorong mereka cuba pelbagai pekerjaan atau seperti yang disampaikan sejumlah pengkritik, skim ini akan membuat mereka lebih malas kerana dapat memenuhi keperluan asas tanpa perlu bekerja,” ujar Olli.
Kadar pengangguran di Finland, negara dengan penduduk hanya sekitar 5.5 juta orang itu mencatatkan angka sebesar 8.1 peratus setakat November tahun lalu, iaitu antara tertinggi dalam kalangan negara maju sendiri.
Skim unik ini merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil pihak pemerintahan kanan-tengah pimpinan Perdana Menteri, Juha Sipila untuk mengatasi masalah pengangguran di negara itu. – Agensi