Gadis Dari Pendang Gadai Diri Kepada 6 Lelaki Untuk Dadah

Gambar Hiasan
SUNGAI PETANI – Akibat cinta, seorang remaja sanggup menyerahkan diri bagi mendapatkan ‘upah’ kerana mahu diberikan kepada teman lelaki semata-mata mahu mendapatkan modal membeli dadah.

Mangsa yang merupakan seorang remaja berusia 17 tahun lima bulan mengaku telah melakukan hubungan seks secara sukarela bersama kekasihnya lebih daripada 10 kali.

Mangsa juga mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama lima orang lelaki lain iaitu rakan kepada teman lelaki kerana kasihankan kekasihnya yang dikatakan tidak cukup wang untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, berdasarkan rekod, mangsa lari dari rumahnya di Kampung Paya Jenun, Pendang sejak 18 Januari 2017 dan laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

“Mangsa telah dijumpai berada di sebuah rumah dekat Taman Permai Utama, Gurun setelah bapanya mendapatkan maklumat daripada orang ramai.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk jalankan pemeriksaan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, pada jam 1.30 pagi 22 Januari lalu, bapa mangsa telah menerima maklumat mengatakan mangsa yang keluar dari rumah sejak seminggu lalu berada di satu lokasi dekat Taman Permai Utama, Gurun.

“Kira-kira jam 3 pagi, bapa mangsa telah sampai dan menemui anaknya yang diserahkan seorang wanita yang turut berada dalam rumah terbabit.

“Semasa dalam perjalanan ke Balai Polis Gurun, anak mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh enam lelaki, di mana tiga daripadanya dikenali manakala selebihnya tidak dikenali,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian