KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada Isnin malam.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat 35 kilometer (km) barat daya dari Binjai, Indonesia dan 264km barat daya dari Lumut, Perak.
Gegaran gempa bumi yang berlaku pada pukul 8.42 malam itu turut dirasai di Semenanjung Malaysia, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama