ALOR SETAR - Tindakan PAS yang menggesa supaya pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung skandal BMF dianggap semata-mata untuk membodek Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata gesaan tersebut hanyalah sia-sia dan tidak memberi sebarang kerana kerajaan kini tidak lagi diperintah Mahathir.
"Mengapa nak siasat benda yang sia-sia, yang dah berlarutan lebih puluhan tahun selain perlu bazirkan tenaga, masa dan wang ringgit?
"Bagi saya, unjuran daripada Pas untuk desak supaya siasatan dibuat terhadap Tun Mahathir hanya nak bodek Najib dan hanya nak beri tekanan kepada Pengerusi PPBM itu," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendesak satu kertas siasatan dibuka berikutan dakwaan CIA, wujudnya penyelewengan membabitkan Bumiputera Malaysian Finance (BMF) dan Forex semasa era pemerintahan Mahathir.
Nurul Islam mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya ambil tindakan segera berdasarkan dakwaan CIA itu.
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan beberapa dokumen mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut portal The Asian Correspondent, dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh CIA juga mempertikaikan respons pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini merupakan antara pemimpin politik yang paling vokal mempersoal tentang skandal BMF di era 1980'an itu dan menggesa agar siasatan terperinci dijalankan, selain menulis sebuah buku bertajuk "The BMF Scandal".
Difahamkan bahawa pihak berkuasa pernah melakukan siasatan terhadap skandal tersebut melibatkan pembabitan Jabatan Audit Negara.
Namun siasatan yang dijalankan ketika itu terhenti selepas salah seorang anggota penyiasat, Jalil Ibrahim dibunuh di sebuah kebun pisang di Hong Kong, siasatan yang dijalankan terhenti begitu sahaja dan skandal berkenaan seolah-olah 'ditutup rapat' hingga kini. -Kedahnews.com