Gomez Tak Bimbang JDT Tewas Perlawanan Persahabatan


KUALA LUMPUR – “Tahun lepas kita kalah dua perlawanan persahabatan dan kemudian kami kembali ke Malaysia dan mendominasi,” kata Pengurus merangkap Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez.

Justeru, katanya, beliau tidak bimbang dengan keputusan perlawanan persahabatan JDT kerana ia adalah satu bentuk persiapan dan peluang untuk mengkaji beberapa taktik.

Kata beliau, JDT membuat beberapa perubahan musim ini dan memperlukan masa untuk meningkatkan dan mewujudkan kestablilan dalam skuad itu.

“Pasukan di Thailand adalah yang terbaik di Asia Tenggara, jadi bermain bersama mereka adalah sangat penting. Sekarang kita akan bermain dengan kelab yang terbaik di Thailand, Buriram United.

“Ia adalah satu kelab dengan projek yang sama seperti apa yang kita lakukan di tempat kita. Mereka bermula lebih awal daripada kami dan kami menghormatinya. Selepas perlawanan hari ini, kita akan kembali dan bersedia untuk perlawanan pertama kami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pasukan JDT dalam persahabatan pada 11 Januari lalu tumpas 1-0 kepada pasukan Air Force Central dan sekadar seri 1-1 dengan Chonburi FC pada 10 Januari 2017.

Gomez bagaimanapun berkata, kelab JDT pada tahun ini menetapkan bahawa kestabilan kewangan sebagai keutamaan pertama musim ini.

“Jadi di atas padang kita akan bekerja keras dengan skuad baru kami dan cuba untuk tidak mempunyai terlalu banyak tekanan pada musim ini,” katanya. –Kedahnews.com