PETALING JAYA - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Datuk Saifuddin Nasution sebagai penasihat strategik beliau pada Selasa.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sosial Facebook, Ketua Setiausah DAP mengumumkan pelantikan Saifuddin bersama 10 lagi ahli majlis tempatan.
Pelantikan Saifuddin disaksikan oleh Guan Eng yang ditemani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, ahli exco dan pegawai kerajaan negeri.
Guan Eng turut menyiarkan beberapa gambar Saifuddin yang merupakan Ketua Setiausaha PKR, mengangkat sumpah pada majlis pelantikan itu.

Sumber: mStar