HANGAT: JDT Sahkan Perletakan Jawatan Mario Gomez


JOHOR BARU - Kelab bola sepak JDT telah mengesahkan perletakan jawatan ketua jurulatihnya Mario Gomez, hanya dua hari sebelum Liga Super Malaysia 2017 dijadualkan bermula.

Melalui kenyataan dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, Presiden kelab berkenaan YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim bertitah:

“Saya ingin membuat satu pengumuman bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan Mario Gomez telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Keputusan ini dibuat demi kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting dari segala-galanya.

"Walaubagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih legenda JDT diatas sumbangan besar beliau kepada kelab ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015. Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang.

YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.”


Berita ini menjadi satu kejutan luar biasa untuk peminat boa sepak tanah air oleh kerana perlawanan sumbangsih di antara JDT bersama pasukan Kedah dijadualkan untuk berlangsung cuma dua hari sahaja lagi. - Kedahnews.com