Impian Warga Emas Malas "Mengadap" Isteri Bakal Tercapai

HASRAT seorang warga emas berusia 70 tahun yang merompak sebuah bank semata-mata kerana mahu masuk penjara bagi mengelakkan daripada hidup dengan isterinya bakal tercapai.

Ia berlaku apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah semalam kerana merompak.

Lawrence Ripple yang telah didakwa di mahkamah atas dakwaan melakukan rompakan di sebuah bank di Kansas City, Kansas, pada 2 September 2015, berdepan hukuman penjara 20 tahun.

Mengikut fakta kes, selepas merompak bank sebanyak $3,000, Lawrence tidak melarikan diri sebaliknya menunggu polis di lobi bank.

Ketika ditangkap, Lawrence memberitahu dia rela masuk penjara daripada balik ke rumah dan mengadap muka isterinya.


Sebelum melakukan rompakan itu, Lawrence dilaporkan telah bertengkar dengan isterinya dan turut menulis surat kepada wanita itu bahawa dia rela masuk penjara daripada berdepan dengan situasi tersebut (bertengkar).

Selepas ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, dia telah dibebaskan dengan ikat jamin pada bulan September lalu.

Ironinya walaupun Lawrence enggan hidup dengan isterinya lagi, namun wanita itu setia menemani suaminya ke mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan kes itu. –Kedahnews.com