PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan terhadap insiden bot karam di Sabah.
"Saya pandang serius tragedi bot karam di Sabah, dan saya mahu siasatan terperinci dilaksanakan untuk kenal pasti punca kejadian.
"Bagaimanapun, buat masa sekarang tumpuan sepenuhnya harus diberikan kepada usaha mencari dan menyelamat enam lagi mangsa yang belum ditemui," katanya di akaun Facebooknya pada Isnin.
Najib menyeru semua pihak supaya sentiasa mengikuti peraturan dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan kerajaan.
Bot jenis Catamaran yang membawa 28 pelancong warga asing dan tiga kru itu karam pada kira-kira 10 pagi Sabtu selepas dilanda angin kencang dan dipukul ombak kuat, sejam selepas ia bertolak dari jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum, kira-kira 56 kilometer barat laut dari Kota Kinabalu.
Tekong berusia 26 tahun dan seorang kru berusia 38 tahun ditemui selamat pada Ahad, tetapi ditahan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.
Dalam satu tweet pada Isnin, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, kedua-duanya telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Seramai 20 pelancong warga China dan dua kru terselamat, kira-kira 32 jam selepas kejadian. Tiga pelancong ditemui mati.
Sumber: mStar