Soalan: Seorang suami enggan mengizinkan isterinya yang mempunyai PhD bekerja. Sebagai ganti, suami memberikan isterinya bayaran bulanan sebanyak RM10,000. Suaminya memberitahu jumlah itu perlu dibahagi dua, RM5,000 sebagai perbelanjaan keluarga seperti membeli barangan dapur dan menjelaskan bil utiliti. Manakala RM5,000 lagi sebagai elaun kepada isterinya.
Soalannya, adakah wajib si isteri mengeluarkan zakat ke atas nilai RM10,000 itu? Jika si suaminya sudah mengeluarkan zakat sebelum itu, adakah masih wajib bagi si isteri mengeluarkan zakatnya sekali lagi?
Jawapan:
Terdapat dua elemen dalam soalan di atas. Pertama, adakah pemberian nafkah seorang suami kepada isterinya wajib dikenakan zakat? Kedua, adakah jika suaminya sudah membersihkan harta pendapatan berkenaan dengan berzakat, maka ia perlu dibersihkan sekali lagi?
Untuk menjernihkannya, perlu disebut tentang beberapa perkara.
1. Apakah nafkah? Menurut Islam, nafkah ialah pemberian wajib bagi seorang suami kepada isteri, bapa kepada anak-anak, anak kepada ibu bapa. Dalam mazhab Syafie, tanggungan nafkah wajib itu bersifat vertikal atau menegak - dari tengah ke atas dan tengah ke bawah.
Misalnya, daripada bapa ke anak ke cucu dan seterusnya. Begitu juga daripada anak naik ke ibu bapa dan naik lagi ke atas. Namun begitu, nafkah kepada ibu bapa dan naik ke atas itu dikira bagi ibu bapa atau datuk dan nenek yang tidak mempunyai kemampuan dalam menyara kehidupan.
Tidak sama dengan anak isteri, kerana mereka merupakan tanggungan nafkah yang wajib disantuni oleh suami dan ayah. Berdosa seorang suami yang enggan menafkahi mereka. Biar pun isterinya mempunyai pekerjaan dan harta, namun masih wajib si suami menyantuninya.
Dalam Mazhab Syafie misalnya, wajib bagi seorang bapa menafkahi anak-anaknya sehingga usia akil baligh (15 tahun) dan jika anak-anak itu masih dalam tempoh belajar sehingga menghalangnya bekerja (mencari rezeki), maka mereka masih perlu diberikan nafkah.
Firman Allah SWT:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya,” (al-Baqarah, 2: 233)
Sabda Rasulullah SAW:
“Dahulukanlah memberi nafkah kepada orang yang menjadi tanggunganmu.” - Riwayat Muslim.
SOAL POKOK PERBINCANGAN
Dalam konteks soalan di atas, isteri berkenaan mempunyai kelulusan tinggi, iaitu PhD. Pastinya jika dia bekerja dalam sektor awam atau swasta, maka mampu mendapat gaji yang besar. Namun, atas permintaan suami (mematuhi arahan suami), maka isteri berkenaan tidak dapat memanfaatkan kepakarannya.
Maka, apabila isteri tadi dibebankan dengan pekerjaan rumah tangga, ia dianggap bekerja. Suami yang ternyata prihatin dan sedar tanggungjawabnya, bersedia memberikan elaun kepada isterinya. Maka, jadilah pemberian suami itu satu pendapatan kepada isterinya.
Mungkin ada mempertikaikan, bukankah wajib suami memberikan wang saku atau belanja kepada isterinya sebagai nafkah? Maka di sini, sudah dijelaskan oleh suami, elaun itu adalah bayaran untuk pekerjaan isterinya di rumah.
Dalam erti kata lain, elaun rumah tangga itu setara upah.
Jika isterinya tidak bekerja di rumah, misalnya dibenarkan menjadi pensyarah kolej atau universiti, maka elaun itu akan ditamatkan. Jelas ia adalah satu pemberian atas hasil pekerjaan.
Bagaimanapun, dalam soalan dinyatakan bahawa RM10,000 yang diberikan itu, hendaklah dibahagi dua. Maknanya, separuh sahaja menjadi elaun atau upah bagi isteri, manakala separuh lagi adalah untuk kegunaan rumah tangga.
Jelaslah di sini, bahawa RM5,000 untuk kegunaan rumah tangga itu adalah nafkah yang wajib di sisi suami. Maka wajib juga bagi isterinya bersifat amanah untuk menyelesaikan segala keperluan keluarga. Itu adalah sebahagian daripada pekerjaannya yang akan dibayar elaun kelak. Ia adalah amanah kerja.
Maka, hanya RM5,000 kedua itu yang menjadi upah atas pekerjaannya sebagai ‘pengurus rumah tangga.’ Jumlah RM5,000 itu hak dirinya 100 peratus. Dia bebas melakukan apa sahaja dengan jumlah berkenaan, dan suami tidak boleh melarang kerana ia milik isterinya. Maka, ia samalah dengan upah jika isteri bekerja di luar, iaitu tidak boleh dielakkan zakatnya.
2. Adakah wajib zakat dua kali atas pendapatan itu? Jawapannya, wang itu hanya dizakatkan sekali, bukan dua kali. Apa yang dimaksudkan dengan hadis, tidak ada zakat dua kali atas harta yang sama pada tahun yang sama, ialah bagi harta dimiliki oleh individu yang sama.
Bagi kes di atas, harta RM5,000 itu sudah berubah pemilikannya. Mula-mula dimiliki suami, kemudian dimiliki pula oleh isteri. Mereka adalah individu berbeza. Maka, kewajipan zakat adalah pada masing-masing individu (fardhiyyah).
Kesimpulannya, kita wajib memahami apakah yang dinamakan sebagai nafkah dan apakah yang dimaksudkan sebagai upah (elaun) dalam kes di atas. Dari situ kita akan dapat membezakan, yang mana wajib dizakatkan dan yang mana tidak wajib dizakatkan.
Pemberian kepada ibu bapa yang berkemampuan misalnya, tidaklah dianggap nafkah yang wajib. Ia merupakan pemberian bersifat kasih sayang semata-mata.
Mungkin kita tidak mengetahui, hakikatnya bekerja di rumah bukanlah tugas hakiki seorang isteri. Ia telah dibahaskan oleh fuqaha zaman silam.
Ulama muktabar mazhab yang empat (Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali) menyatakan bahawa suami hendaklah menyediakan keperluan makan minum ahli keluarganya atau wajar menyediakan pembantu bagi isterinya menguruskan rumah tangga, tanpa membebankan isterinya dengan kerja-kerja membersihkan rumah, membasuh pakaian, mengemas, memasak dan sebagainya.
Tugas hakiki isteri ialah melayan suami dan mendidik anak-anak suaminya.
Sumber: Utusan