Ismail Zawawi melihat ragam pemandu yang berselisih ketika melalui jalan tersebut. |
BALING - Jalan utama di Taman Bersatu yang sempit bukan sahaja mengundang kemalangan malah penyebab kepada pertengkaran di antara pemandu.
Penduduk, Che Hamid Che Din, masalah laluan sempit itu memberikan masalah kepada pengguna terutamanya pada waktu puncak.
"Kenderaan yang berselisih berisiko untuk kemalangan terutamanya pada waktu pagi, tika itu ada yang hantar anak ke sekolah dan ada yang ke tempat kerja.
"Pertengkaran akan khususnya bagi mereka yang kurang sabar, sebenarnya bukan salah siapa-siapa tetapi situasi jalan itu menguji kesabaran pemandu," katanya di sini, semalam.
Penduduk, Marof Hashim, 63, berkata, ada pemandu bertindak mengeluarkan isyarat lucah gara-gara tidak berpuas hati.
"Pertengkaran berlaku bila masing-masing ego, waktu itu ada yang tunjuk isyarat lucah. Malah pernah pemandu menununjukkan isyarat penumbuk kepada saya," katanya.
Yap Kam Meng, 51, berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya setiap kali berselisih dengan kenderaan lain.
"Memang bahaya sebab jalan begitu sempit, salah satu kenderaan akan makan lorong sehingga membahayakan pengguna dari arah bertentangan,"katanya.
Bagi seorang lagi penduduk, Jamsari Ismail, 42, berkata, risiko kemalangan lebih tinggi apabila kenderaan kecil berselih dengan lori.
"Boleh dikatakan setiap hari lori keluar dan masuk dari taman ini. Keadaan jalan sempit ini boleh mengakibatkan sesuatu tidak diingini terjadi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Taman Bersatu, Ismail Zoawe Ahmad berkata, masalah sejak enam tahun lalu itu memaksa penduduk bergotong royong membuat garisan tengah di atas jalan.
"Kami sama-sama bergotong royong tahun lalu untuk buat garisan tengah sepanjang kira-kira 300 meter sebagai alternatif penyelesaian masalah.
"Saya berharap kementerian berkaitan dapat membuka mata dan pihak berwajib diharap segera melebarkan jalan," katanya.
Sumber: Sinar Harian