WANITA muda yang berasal dari Indonesia, Ni Luh Ayu Evi Frastika, kini menjadi perhatian apabila cuba mendapatkan lebih banyak harta milik mendiang suaminya, Russell Walter O’Halloran.
Ni Luh baru berusia 24 tahun apabila dia bertemu Russell, yang ketika itu berusia 70-an.
Dia kemudiannya diupah sebagai penjaga kepada cucu Russell yang berusia 14 tahun, yang menghidap autistic di rumah mereka di Queensland.
Pada 2014, pasangan itu kemudian berkahwin selepas beberapa bulan Russell disahkan menghidap kanser dan lapan bulan selepas perkahwinan itu, lelaki berkenaan meninggal dunia.
Meskipun diwasiatkan dua buah kereta dan RM670,000, Ni Luh yang kini berusia 27 tahun, masih mahukan rumah milik Russell yang dianggarkan bernilai RM4 juta.
Dia kemudian memfailkan kes di mahkamah namun telah ditolak oleh hakim kerana rumah itu sememangnya telah diwasiatkan oleh Russell kepada cucunya itu.
Ketika tuntutan itu dikemukakan di mahkamah, Ni Luh didapati memberikan wang sebanyak RM670,000 itu kepada ibu bapanya di Indonesia meskipun diarahkan menggunakan wang terbabit untuk pendidikannya.
Ni Luh menggunakan alasan bahawa wang berkenaan digunakan untuk membayar hutang ibu bapanya dan mendakwa dia hanya menerima sedikit sahaja harta milik Russell meskipun dia yang menjaga cucu lelaki terbabit. –Kedahnews.com