ALOR SETAR – Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata pemandu kenderaan tidak boleh merakam gambar atau video mengenai kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya yang lain walaupun ia bertujuan untuk disalurkan kepada JPJ.
Beliau berkata pemandu berkenaan boleh diambil tindakan jika berbuat demikian kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17 A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda sebanyak RM300.
“Memang kita galakkan orang ramai membantu salurkan maklumat melalui pelbagai aplikasi, tapi sepatutnya gambar atau video mestilah diambil oleh orang lain dalam kenderaan dan bukannya pemandu itu sendiri,” katanya kepada pemberita.
Beliau melancarkan Ops Tahun Baharu Cina 2017 peringkat negeri Kedah di sini malam semalam.
Sebanyak 560 kenderaan diperiksa dalam operasi di sekitar Jalan Pegawai di sini dan 75 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. – BERNAMA