Janin Berusia 6 Bulan Dibuang Dalam Tong Sampah Di Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM – Seorang pengawal keselamatan yang sedang mencari tin dan botol kosong di dalam tong sampah berhampiran sebuah restoran di Taman Perwira di sini, terkejut apabila menemui janin bayi di dalam tong itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu menemukan janin tersebut dalam balutan sehelai seluar berwarna putih pada 8 malam semalam sebelum menghubungi polis.

Berdasarkan pemeriksaan awal, janin bayi dipercayai lelaki itu dianggar berusia enam bulan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, di sini semalam.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran bagi mengesan pihak yang membuang janin tersebut.

Nik Ros Azhan Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Janin itu dihantar ke Hospitakl Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA