KEMABONG - Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP mahukan jawatan Timbalan Perdana menteri jika pembangkang menang PRU14, penting terhadap landskap politik kerana ia akan menentukan masa depan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini kerana pengundi kini mempunyai "pilihan politik".
"Jika mereka mahu Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dengan itu mereka boleh memilih "Pakatan yang diterajui DAP" dalam pilihan raya umum akan datang.
"Malah, Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) membuat pendedahan penting membabitkan politik negara itu pada 17 Januari tahun ini.
"Tun Dr Mahathir secara tidak langsung bersetuju dengan dakwaan (bekas Naib Presiden DAP) Tunku Aziz bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan jika Pakatan memenangi PRU14," katanya.
Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program 'Connecting The Unconnected' (CTU) dan Komuniti Dashboard di Dewan Komuniti Sri Ontoros, Kemabong, dekat sini, semalam.
Pada Rabu, Dr Mahathir dilaporkan berkata DAP telah meminta supaya pemimpin parti itu diberi jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada PRU akan datang.
Terdahulu dalam ucapannya, Salleh juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang tidak berpendirian kerana sering mengubah pendirian dan pandangannya mengenai isu-isu penting.
"Sebelum ini, beliau (Dr Mahathir) bersama-sama kami (Umno/Barisan Nasional) dan kami menghormatinya kerana beliau telah menyumbang kepada negara.
"Tetapi kini, Tun Dr Mahathir bersama-sama pembangkang dan mahu meruntuhkan Umno... kita tidak boleh benarkan ini berlaku," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpendapat Dr Mahathir bersikap amat tidak wajar apabila mahu menjadikan Lim Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, sedangkan sebelum ini beliau melabelkan ahli politik DAP itu sebagai rasis. - Bernama