JDT Buat Perubahan Pasukan Pada Pertengahan Musim


KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membuat beberapa perubahan ke atas pasukan itu pada Jun tahun ini.

Presidennya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan pasukan JDT terus melangkah kehadapan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh penyokong JDT kerana sentiasa berdiri dan menyokong pasukan setiap masa.

“Kelab akan melakukan beberapa perubahan yang baharu pada bulan Jun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

JDT memulakan musim ini dengan kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih selepas tewas kepada pasukan Kedah pada 20 Januari lalu.

Meskipun menguasai hampir keseluruhan perlawanan, JDT yang dikenali dengan jolokan Harimau Selatan tewas dalam penentuan penalti selepas kedudukan terikat 0-0 hingga minit akhir.

Keputusan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu sekali gus menafikan hasrat JDT untuk memenangi Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut. – Kedahnews.com