Jersi Kedah Dinobat Paling Menarik Musim Ini


ALOR SETAR - Jersi skuad Kedah dinobatkan sebagai jersi pasukan Liga Super paling menarik antara pasukan bertanding bagi musim ini.

Memetik keputusan di rancangan Scoreboard ExtraTime di TV9 semalam, jersi skuad Helang Merah itu telah menerima undian paling banyak, mengatasi undian bagi jersi-jersi pasukan lain.


Undian bagi jersi Liga Super paling menarik itu berlangsung di laman facebook rasmi (page) Scoreboard ExtraTime TV9 dengan mengira jumlah "like" yang diterima bagi setiap jersi pasukan yang dimuat naik.

Jersi Kedah menerima kira-kira 4,200 like berbanding pencabar terdekat, jersi pasukan Kelantan The Red Warrior yang menerima sebanyak kira-kira 3,300 like, manakala jersi Perak pula menerima sebanyak 1,900 like.


Jersi Helang Merah pada musim ini adalah keluaran AL Sports dan boleh didapati di kedai Al-IkhsaN Sports yang berdekatan. - Kedahnews.com