TERPANGGIL untuk berkongsi rezeki, pelawak terkenal Johan berhasrat menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria.
Difahamkan, dia membuat keputusan itu kerana tersentuh hati dengan penderitaan yang dilalui pelarian dari negara bergolak berkenaan.
Dalam program berlangsung Oktober lalu, Johan dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016 sekaligus berjaya meraih wang kemenangan RM100,000.
Pada masa yang sama, Johan percaya pemberian ikhlas itu akan menambahkan lagi rezeki seseorang.
“Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,” katanya kepada BH Online.
Selain itu, Johan turut menyatakan impianya untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan kelak.
“Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.
“Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah,” katanya.
Alhamdulilah, murni sungguh niat Johan. Semoga cita-citanya itu dimakbulkan. – Kedahnews.com