ALOR SETAR - Seorang juru pam stesen minyak didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menyalah guna kad kredit milik seorang timbalan pendakwa raya berjumlah RM1,699 pada bulan lepas.
Tertuduh, Muhammad Syazwan Abdul Halim, 20, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Syazwan menyalahgunakan kad kredit Visa Maybank milik mangsa untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung J7 Prime bernilai RM1,221 di Kedai Best EH Enterprise di sini pada pukul 2.11 petang, 26 Disember, tanpa pengetahuan.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 23 Disember lalu di lokasi yang sama pada pukul 8.22 malam telah menyalahgunakan kad kredit berkenaan untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung J1 bernilai RM488 tanpa pengetahuan mangsa.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan sehingga lima tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda.
Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli kemudiannya menetapkan 5 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula dan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguam bela.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail. - Bernama