PRAGUE – Kajian terbaharu pasukan penyelidik Universiti Charles di sini mendedahkan bahawa bentuk payudara yang bersaiz besar bukan lagi dianggap paling seksi oleh lelaki zaman sekarang.
Sebaliknya hasil kumpulan pengkaji pusat pengajian tinggi di ibu kota Czech itu mendapati golongan lelaki moden kini lebih menilai kepada ukuran buah dada wanita yang bersifat natural dan feminin sebagai cukup seksi.
Lebih menariknya, majoriti lelaki pada hari ini dikatakan tertarik untuk memilih payudara dengan bentuk sedikit kendur dan tidak penuh, iaitu persis seperti rupa buah dada milik aktres jelita Hollywood, Jennifer Lawrence.
Para penyelidik terbabit menyatakan bahawa kebanyakan lelaki era modern sama ada masih bujang, berkahwin atau sudah bercerai sebagai tidak lagi tertarik pada bentuk payudara besar, kencang, dan penuh habis coli wanita itu.
Alasan standard mereka ialah jenis payudara yang sedemikian montok saiznya kebanyakan adalah hasil daripada teknik pembedahan plastik sekali gus tidak bersifat alamiah pada pandangan mata kasar secara semula jadi.
“Latar belakang responden kami berasal daripada pelbagai ragam budaya. Lelaki ada hipotesis bahawa payudara mencerminkan kemampuan seseorang wanita untuk mengandung dan sisi keibuan mereka,” ujar pasukan itu.
Akhbar DailyMail melaporkan hasil penelitian kumpulan pengkaji itu menunjukkan bahawa payudara besar lebih dikaitkan sebagai wanita cukup ‘subur’ beranak sekali gus wanita yang memiliki hobi sebagai penggoda terbaik.
Hasil kajian melibatkan 267 responden dari Brazil, Cameroon, Czech dan Namibia ini juga mendedahkan bahawa payudara besar hanya libido, tetapi tidak semestinya menggambarkan seorang wanita yang setia kepada pasangan.
“Majoriti responden memilih ukuran sedang dan biasa. Namun, buah dada besar masih digemari menjadi pilihan popular nombor dua,” tulis kumpulan itu menerusi jurnal Evolution and Human Behaviour. – Agensi