BUKIT MERTAJAM - Buaya yang dilihat di sebuah kampung di sini dipercayai buaya air masin, atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai buaya tembaga.
Buaya air masin itu, satu spesies yang dilindungi, telah dilihat oleh penduduk di Kampung Kubu di Penanti di sini selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat.
Sejak kehadiran buaya tersebut, para penduduk sentiasa bimbang kerana reptilia itu telah beberapa kali muncul di kawasan semak berhampiran Sungai Mati di Kampung Kubu, Penanti.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Loo Kean Seng berkata pegawai-pegawai daripada jabatan itu akan memantau situasi di sungai berkenaan dan jika boleh, membawa buaya berukuran kira-kira dua hingga tiga meter panjang itu, kembali ke habitat semula jadinya.
"Kami juga mungkin boleh menjerat dan melepaskannya di sungai Prai.
"Buaya itu mungkin telah tersesat dari habitat semula jadinya kerana hujan lebat sejak beberapa hari lepas.
"Yang penting tiada orang cuba mengganggu atau cuba menangkap buaya itu sendiri, sebaliknya mereka perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Seorang penduduk, Abdullah Jad, 59, berkata, buaya itu mula dikesan pada Jumaat oleh empat lelaki yang sedang memancing di tepi sungai.
"Buaya itu sekali lagi dilihat berada tebing sungai sekitar jam 3 petang dan 5 petang Sabtu selama kira-kira sejam.
"Saya hanya berjaya mengambil beberapa keping gambar buaya itu dengan telefon bimbit saya," katanya.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata pihaknya menerima laporan pada 4.15 petang Sabtu.
"Sebaik pihak bomba sampai di lokasi kejadian didapati benar terdapat ancaman seekor buaya yang berehat di kawasan belakang rumah penduduk di situ," katanya di sini Ahad.
Bagaimanapun haiwan itu hilang daripada pandangan selepas menyedari kehadiran manusia, katanya yang meminta penduduk melaporkan segera kepada pihak bomba jika terlihat reptilia itu.
Sumber: mStar