PERSATUAN Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) merasakan perlu wujud mekanisme peruntukan oleh kerajaan untuk pembeli Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) mengikut kelayakan pendapatan baharu yang dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM15,000.
Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong berkata, lebih ramai orang daripada golongan berpendapatan sederhana kini layak untuk memiliki rumah PR1MA, objektif teras program adalah untuk menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.
"Peningkatan kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM15,000, wajar memandangkan peningkatan kos sara hidup.
"Bagaimanapun, peraturan baharu ini akan memberi satu kelebihan dari segi peluang yang lebih baik untuk mendapatkan satu unit bagi golongan yang berpendapatan sederhana berbanding golongan yang berpendapatan rendah," katanya.
Menurutnya, pembeli dengan pendapatan RM15,000 sebulan tidak perlu bersaing dengan pembeli yang mendapat hanya RM5,000 sebulan.
Katanya, peruntukan untuk rumah mengikut kemampuan masing-masing.
Chang berkata, sebarang penjualan unit berikutnya bagi rumah PR1MA mestilah hanya kepada pembeli rumah yang layak daripada yang pendapatan rendah kepada pendapatan sederhana serta hanya untuk pembeli rumah kali pertama.
Sumber: Sinar Harian