ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan pemberian insentif RM20,000 kepada Mohd Faiz Subri di atas pencapaiannya memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016 di Zurich, Switzerland pada Selasa lepas.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan demikian pada majlis ramah mesra bersama pemain Pulau Pinang itu di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentalon di sini.
Ahmad Bashah berkata insentif berkenaan adalah sebagai penghargaan KFA kepada anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, itu yang telah mengharumkan nama negeri dan negara.
"Sebagai Presiden KFA dan juga Menteri Besar Kedah, saya berasa amat berbangga dengan pencapaian Mohd Faiz. Apa yang kita buat ini adalah memberi penghargaan kepada beliau kerana kejayaannya bukan mudah.
"Kita hargai apa yang dicapai oleh Mohd Faiz, walaupun dia tak bermain untuk Kedah, dia dah bawa nama Kedah di persada dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Ahmad Bashah juga berharap kejayaan pemain kelahiran Kedah itu akan menjadi suntikan semangat kepada pemain-pemain muda negeri berkenaan agar dapat mencontohi pemain tersebut.
Dalam pada itu, KFA turut akan mempertimbangkan sumbangan lain mengikut keperluan kepada Mohd Faiz dan keluarganya.
"Kita juga akan berbincang dengan pemaju-pemaju perumahan negeri ini agar dapat membantu Mohd Faiz memiliki rumah dengan potongan harga tertentu,"katanya.
Sementara itu, Mohd Faiz berkata insentif yang diberikan itu akan menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus mempamerkan prestasi terbaik pada masa hadapan.
"Saya bersyukur kerajaan negeri menghargai saya sebagai anak jati Kedah dengan insentif ini dan saya akan lakukan yang terbaik demi masa depan bola sepak negara," katanya.
Mohd Faiz juga berkata, dia tidak berasa tertekan daripada mana-mana pihak yang mahukan beliau menampilkan prestasi lebih baik selepas memenangi Anugerah Puskas itu.
Mohd Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerahitu sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas.
Pemain berusia 30 tahun itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath MarloneAzevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah berkenaan yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009. -Bernama