Khalid Samad Nafi "Sembah' Ayam Putih


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan yang mendakwa dirinya "menyembah" ayam seperti yang heboh dikatakan netizen di media sosial baru-baru ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, ungkapan "Gong Xi Fa Chai" yang diucapkan pada ayam itu bermaksud "tahniah" yang menjurus kepada mendapatkan lebih banyak kekayaan.

"Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan," katanya, memetik laporan portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com.

Khalid turut menjelaskan secara panjang lebar mengenai perlakuannya itu secara panjang lebar mengikut kepercayaan kaum Cina.

"Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

"Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

"YBKS (Yang Berhormat Khalid Samad) telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

"Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara)," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Khalid berkata demikian ketika menjawab tuduhan di media sosial yang mendakwa beliau dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang turut berada dalam video itu telah "menyembah" ayam terbabit.

Lakonan Khalid di dalam klip video berkenaan mengundang kritikan dari ramai netizen yang mendakwa perbuatannya itu sebagai tergamak "menyembah" ayam semata-mata untuk meraih undi dari kalangan masyarakat Cina.

"Dalam usaha untuk dapatkan undi Cina DAP, ada yang sanggup sembah ayam putih," kata seorang pengguna Facebook bernama 'Pak Lang Farih' dalam laman Friends of PAS.

Difahamkan bahawa klip video berkenaan adalah sempena Tahun Baru Cina 2017 dari Ahli Parlimen (DAP) Seputeh, Teresa Kok yang menunjukkan Khalid dan Rafizi beraksi 'gong xi' kepada ayam dalam sangkar. -Kedahnews.com