IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat laporan polis terhadap sekumpulan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda 'Ipoh' di Jalan Kuala Kangsar di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut sebelum membuat laporan polis.
Katanya, siasatan itu bagi membolehkan pihak MBI mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
"MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda Ipoh kerana ia amat membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar.
"Ini kerana struktur papan tanda yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Zamri berkata, sekiranya berlaku insiden seperti papan tanda itu tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab itu.
Gambar memanjat itu menjadi viral sejak empat hari lalu antaranya di laman sosial Instagram dan YouTube menunjukkan sekumpulan remaja lelaki serta perempuan memanjat papan tanda tersebut.
Selain itu, kumpulan remaja berkenaan juga merakamkan aksi baring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka tiang papan tanda tersebut. - Bernama