Lepas Bisnes Tudung, Nora Danish Bergelar Penyanyi Pula


SEDEKAD berkecimpung dalam industri hiburan tempatan, kini pelakon Nora Danish sedang cuba berusaha mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian pula.

Menerusi portal berita BH Online, pelakon Benci vs Cinta ini bergandingan dengan penyanyi rap Waris mempertaruhkan single berjudul Ini Lagi Boom.

Single sulung Nora bersama Waris merupakan kolaborasi dua buah syarikat tempatan iaitu KRU dan Mixology Music dalam menambahkan rencah dan kelainan dalam industri seni tempatan.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, berkata muzik sentiasa perlu tampil dengan idea segar.

“Kami berharap kerjasama seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif,” katanya, memetik laporan BH Online.

Manakala menurut DJ Fuzz pula selaku peneraju Mixology Music memberitahu, lagu yang dihasilkan olehnya bersama Waris dan Aziquebeats itu bakal memenuhi kehendak penggemar muzik tempatan.

Apapun bagi peminat Nora khususnya, pasti tidak sabar ingin mendengar penyanyi kesayangan mereka menyanyi, pasti sedap suara Nora ni. –Kedahnews.com