Lim Kit Siang Nafi Dirinya Sepupu Chin Peng


KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau adalah sepupu kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau menuduh maklumat itu sengaja diada-adakan oleh ahli propaganda dan tentera siber UMNO yang kononnya sedang melancarkan serangan propaganga gaya Nazi ke atas pemimpin pembangkang termasuk dirinya.

“Bagaimana Hock Chew Ong (seperti Chin Peng adalah `nom de guerre’ Ong Boon Hua) dari Sitiawan, Hakka Lee Kuan Yew dari Singapura dan Hokkien Lim Kit Siang dari Batu Pahat boleh menjadi sepupu,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan pada bulan Mei, September atau Oktober tahun ini.

Justeru, beliau meminta supaya Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) diluluskan di Dewan Rakyat ditolak sebelum PRU14.

Beliau mendakwa akan berlaku krisis keyakinan dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia jika usul oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diluluskan. -Kedahnews.com