SYDNEY – Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau bertemu waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 di Perth pada Isnin selepas hasrat pertemuan itu dilobi satu kumpulan yang mewakili ahli keluarga mangsa pesawat yang hilang pada Mac 2014 itu.
Ahad lalu, wakil Kumpulan Voice370 Danica Weeks berkata pihaknya akan menyampaikan beberapa pucuk surat peribadi kepada Liow untuk meneruskan carian selepas usaha tersebut dihentikan minggu lepas.
“Saya menerima surat mereka hari ini (Isnin), saya akan bertemu Weeks dan kami berharap perbincangan ini berjalan lancar,” katanya kepada wartawan di Perth.
Pesawat Boeing 777 hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang serta anak kapal terus menjadi misteri paling besar di dunia.
Usaha carian membabitkan kawasan seluas 120,000km persegi telah ditangguhkan selepas kapal carian terakhir menamatkan misi minggu lalu.
Menurut Liow, usaha mencari pesawat malang itu hanya akan diteruskan selepas mendapat bukti yang boleh dipercayai.- Agensi