Majlis Syura PAS Sahkan DAP Anti-Islam


ALOR SETAR - Majlis Syura Ulama PAS senada dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan mengesahkan dakwaan Presidennya yang mengatakan DAP merupakan sebuah parti politik yang bersifat anti-Islam.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berkata, DAP sememangnya anti-Islam berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan parti itu sebelum ini yang sering mengkritik agama suci ini.

"Disebabkan itulah, kita gelar mereka sebagai anti-Islam kerana kritikan yang mereka sendiri keluarkan," tegasnya.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa PAS tidak bersikap sedemikian dan tidak pernah melakukan tindakan mengkritik agama lain di dunia ini sepertimana uang dilakukan oleh DAP.

Abdul Hadi sebelum ini mengaitkan DAP sebagai sebuah parti yang bersifat anti-Islam dan kenyataan tersebut disangkal oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang berura-ura mengambil tindakan saman terhadap Presiden PAS itu.

Sementara itu, Dr Nik Mohamad Zawawi mendakwa PAS sudah dua kali dikhianati DAP dan tindakan tersebut menunjukkan parti yang terkenal dengan sifat 'chauvinis ultra Melayu' itu tidak menghormati parti Islam tersebut.

DAP juga katanya sering melupakan rakan politik mereka apabila mereka menerima sokongan yang kuat dari pelbagai pihak.

"Kita (PAS) hendakkan sebuah parti yang dapat kerjasama dan hormati satu sama lain.

"Ini tidak, bila kuat dia (DAP) lupa kawan, bila lemah baru cari kawan," katanya, memetik laporan dari portal Sinar Harian, semalam.

Belia turut menegaskan bahawa PAS tidak takut untuk berdepan dengan ugutan saman yang dikatakan Penasihat DAP itu sebelum ini.

"Kalau dia (Kit Siang) nak saman, saman sajalah. Biar dia saman dulu, kita tengok macam mana," ujaranya lagi.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki menegaskan bahawa gutan saman oleh Kit Siang itu ak memberi kesan kepada PAS sebaliknya masyarakat Islam akan semakin jelas dengan sikap sebenar DAP.

Ujar beliau, DAP mengkhianati PAS dua kali iaitu semasa dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 dan ketika PAS bersama parti itu di dalam Pakatan Rakyat yang kini sudah terkubur. - Kedahnews.com