MARA Berhak Gantung Tugas Saya - Annuar Musa


KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa menerima keputusan penggantungan tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang berada di New Zealand menjalankan tugas rasmi MARA ketika dihubungi berkata, keputusan berkenaan adalah hak MARA.

"Ya sebentar tadi saya dihubungi Dr Yusof (Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob) berhubung keputusan itu dan saya menerimanya secara terbuka kerana itu adalah hak mereka," katanya tetapi tidak mengulas lanjut.

Dalam mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA, hari ini sebulat suara bahawa keputusan itu selaras hasrat agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa dipelihara.

Sumber: Berita Harian