MARA Gantung Tugas Annuar Musa Kuat Kuasa Serta Merta

Datuk Dr Yusof Yacob
KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta.

Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama.

Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi itu akan dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi di tingkat 26, ibu pejabat MARA, di sini yang dipengerusikan Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Yusof berkata, Tan Sri Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.

Sumber: Berita Harian