ALOR SETAR - Pakatan Harapan sekali lagi bakal memenuhi jalanraya di sekitar ibu negara apabila membuat pengumuman akan menganjurkan himpunan mega sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut adalah bertujuan untuk menghimpunkan rakyat dan melepaskan kemarahan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung isu rasuah.
"Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.
"Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal," katanya, memetik laporan Sinar Harian.
Kata Mohamad atau lebih popular dengan nama Mat Sabu, beberapa NGO telah menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk mengadakan himpunan besar-besaran itu sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Mat Sabu menjelaskan bahawa tarikh himpunan tersebut masih belum ditetapkan pihaknya. -Kedahnews.com