NIBONG TEBAL – Seorang lelaki mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala terputus selepas digilis kereta api di Perkampungan Jawi, Sungai Bakap, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian 5 pagi itu, kepala mangsa dilaporkan tercampak sejauh 10 meter dari lokasi kemalangan.
Mayat mangsa yang tidak diketahui identiti itu ditemui oleh penduduk tempat yang tinggal berdekatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, seorang saksi mendakwa mangsa maut dilanggar Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Kilometer 29.25 landasan berkenaan arah selatan.
Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak membawa dokumen pengenalan dirinya dan terdapat kesan koyak pagar pada lokasi tersebut.
Difahamkan, lokasi insiden tersebut sememangnya menjadi laluan pintas antara Perkampungan Jawi dan Kampung Titi Hitam. –Kedahnews.com