Mohamad Noor Azam (duduk,empat kiri) bersama ahli-ahli di bawah MBNK yang menggesa peletakan jawatan Aizad. |
ALOR SETAR - Mengikut Akta 668 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, ruang diberikan kepada mana-mana persatuan belia dan juga badan gabungan untuk bergerak aktif melakar aktiviti selaras dengan tujuan penubuhan persatuan belia itu sendiri.
Presiden Belia 4B negeri Kedah, Mohamad Noor Azam Ismail berkata, pelaksanaan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) berperanan untuk membentuk generasi masa depan yang seimbang dan mapan, maka fungsi persatuan belia juga kian signifikan.
“Namun keserasian ini tidak mungkin dapat dibentuk sekiranya kepimpinan sesebuah persatuan belia terlibat dengan agenda politik kendiri bertaksubkan ideologi parti yang tidak selaras dengan dasar negara.
“Kita sedar Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Mohd Aizad Roslan sudah hilang arah tuju sepertimana yang dihasratkan dalam peruntukkan Fasal 6.2.7 Perlembagaan Majlis Belia Negara/Negeri iaitu meningkatkan sokongan kepada kerajaan dan kepada badan badan lain yang sesuai dengan matlamat pembangunan negara dan kemasyarakatan,” katanya, semalam.
Menurutnya, oleh itu, pertubuhan yang bernaung di bawah MBNK mendesak agar Aizad meletakkan jawatan segera selaku Presiden MBNK secara terhormat.
“Beliau juga telah hilang kepercayaan dari ahli badan gabungan kesan pelantikannya selaku Timbalan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Penyelaras Armada Kedah.
“Kesan lantikan ini menyebabkan wujudnya konflik kepentingan dan dikhuatiri ideologi dan pendekatan yang tidak selari dengan aspirasi belia dan kerajaan akan dibawa masuk dalam MBNK.
“Sekiranya Aizad enggan meletak jawatan secara terhormat, sebahagian besar ahli jawatankuasa MBNK akan meletakkan jawatan bagi membolehkan Mesyuarat Agung Khas diadakan dalam tempoh 30 hari,” katanya.
Mohamad Noor Azam berkata, sekiranya Aizad masih berkeras dan berdolak dalik dengan mainan politiknya, satu aduan rasmi akan dikemukakan kepada Pendaftar pertubuhan Belia Malaysia berasaskan perkara 20 subseksyen 1 (c)(ii) dan (iii) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Malaysia 2007.
“Tindakan terbabit bertujuan membatalkan MBNK kerana tindakan presidennya jelas menyalahi maksud dan fungsi sebenar MBNK.
“Demi kepentingan umum dan manfaat kepada MBNK dan seluruh badan gabungannya, pengunduran Aizad dari jawatan presiden merupakan jalan terbaik demi meleraikan kemelut dan kekusutan ini agar tidak berlarutan,” katanya.
Menurutnya, Aizad juga dituntut bertanggungjawab agar MBNK dan seluruh badan belia di bawah gabungannya dapat diselamatkan dari kemelut kepentingan peribadi dan agenda politik kendiri yang dibawa olehnya sendiri.
“Sesungguhnya kami melihat kepentingan umum dan pihak majoriti haruslah didahulukan berbanding egonya sendiri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian