KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pemerintah Myanmar agar segera menghentikan semua diskriminasi dan serangan terhadap etnik Muslim Rohingya.
Beliau juga menggesa negara-negara Islam di dunia supaya bertindak untuk menamatkan “tragedi kemanusiaan” itu.
Malaysia selama ini lantang bersuara terhadap Myanmar yang kebanyakan penduduknya beragama Buddha, atas layanannya terhadap masyarakat minoriti Rohingya.

Ini terutama sekali sejak Oktober, apabila pasukan keselamatan melancarkan operasi ketenteraan di utara Rakhine di sempadan Bangladesh, tempat tinggal ramai orang Rohingya.
Sekurang-kurangnya 86 orang dibunuh dan sekitar 66,000 sudah melarikan diri ke Bangladesh sejak sembilan pegawai polis Myanmar dibunuh pada 9 Oktober dalam serangan-serangan terhadap pos-pos sempadan.
Menurut pemerintah Myanmar, serangan itu adalah angkara orang-orang Rohingya yang disokong para militan asing.
PENCABULAN WANITA MESTI DIHENTIKAN
“Pembunuhan mesti dihentikan. Pencabulan wanita dan kanak-kanak perempuan mesti dihentikan,” kata PM Najib dalam satu mesyuarat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk membincangkan isu Rohingya.
“Penindasan rakan-rakan senegara anda, hanya semata-mata kerana mereka orang Islam, mesti dihentikan,” katanya lagi.
Orang-orang pelarian, penduduk dan kumpulan-kumpulan hak asasi berkata pasukan-pasukan Myanmar sudah menjalankan pembunuhan beramai-ramai, merogol wanita dan membakar rumah-rumah.
Namun pemerintah Myanmar, yang dipimpin pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan, Aung San Suu Kyi, sudah menafikan tuduhan-tuduhan itu, dan berkata banyak laporan-laporan tersebut direka. Yangon menegaskan bahawa konflik di Wilayah Rakhine adalah hal dalam negeri.
PM Najib, yang pada bulan lalu menyertai tunjuk perasaan di Kuala Lumpur untuk menyeru agar campur tangan dari negara asing dilakukan untuk menghentikan “pembersihan kaum”, berkata Myanmar mesti mengambil tindakan.
“Kami menyeru pemerintah Myanmar agar menghentikan semua tindakan dan serangan diskriminasi terhadap orang Rohingya serta merta, dan agar para dalang dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Orang-orang Rohingya sudah menghadapi diskriminasi di Myanmar sejak turun-temurun. Mereka tidak diberikan kerakyatan dan dianggap sebagai pendatang haram dari Bangladesh.
Keganasan di utara Rakhine sejak Oktober tahun lalu adalah yang paling serius sejak rusuhan kaum pada 2012 membunuh ratusan orang.
SELAMATKAN MEREKA
Malaysia pada tahun lalu memanggil duta Myanmar untuk membantah layanan terhadap orang Rohingya.
PM Najib berkata adalah sesuatu yang memalukan sekiranya ASEAN tidak mempertahankan prinsipnya dan melakukan sebaik mungkin untuk “mengelak bencana yang sedang berlaku.”
Beliau memberitahu negara-negara Muslim di OIC bahawa mereka tidak boleh “hanya menyaksikan apa yang berlaku tanpa melakukan apa-apa.”
“Adalah wajib bagi kami semua melakukan apa yang kami boleh lakukan untuk menyelamatkan mereka daripada tragedi kemanusiaan yang sedang menimpa mereka,” katanya. – Reuters