Pelakon Mira Filzah memberitahu dia berasa terkilan apabila terpaksa menarik diri dalam drama adaptasi novel Cik Serba Tahu yang baharu sahaja menjalani penggambarannya.
Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, berkata, dia terpaksa melepaskan wataknya dalam drama berkenaan berikutan jadual penggambaran yang bertindan dengan beberapa program lain.
"Saya sedih juga terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir apabila pihak produksi mahu melakukan penggambaran drama berkenaan pada Januari dan Februari.
"Pada tarikh tersebut pula bertindan dengan beberapa program yang saya dah lock sepanjang tarikh itu," ujarnya.
Mira ditanya tentang perkembangan kerjaya lakonannya yang sebelum ini dikhabarkan bakal bergandingan dengan Remy Ishak menerusi drama adaptasi berkenaan.
Tambah Mira dia turut rasa bersalah terhadap peminat-peminatnya yang sudah membeli novel adaptasi tersebut.
Jelasnya, ramai peminatnya yang membeli novel berkenaan semata-mata untuk memberi sokongan terhadapnya selepas dia menguar-uarkan bakal keluar dengan drama tersebut.
"Saya rasa bersalah dan kasihan dengan peminat yang sudah membeli novel dan banyak yang sudah saya tandatangan pada novel tersebut.
"Saya harap mereka faham yang saya tiada rezeki untuk berlakon dalam drama berkenaan," ujarnya.
Tambah Mira, watak Aerna yang sepatutnya dilakonkan itu bakal digantikan dengan pelakon Sari Yanti.
Drama 16 episod terbitan Orange Tree itu bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Sumber: mStar