Mohd Najib Ucap Terima Kasih Kepada Orang Kedah

Antara gambar menarik di Padang Awam Kuala Ketil, Baling, yang dikongsi Perdana Menteri di laman Facebook rasmi beliau, semalam.
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluahkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada orang Kedah atas sambutan hangat yang diberikan dalam lawatan kerja sehari beliau di negeri ini kelmarin.

"Petang semalam (kelmarin) saya di Padang Awam Kuala Ketil, Baling untuk program bersama penduduk setempat di situ. Ramai yang hadir, saya dimaklumkan anggaran lebih kurang 20 ribu orang, kalau buat di stadium mesti penuh tempat duduk. 

"Terima kasih orang Kedah sambutan cukup baik diberikan kepada saya," kata Perdana Menteri, memetik dari laman Facebook rasmi beliau, semalam.


Selain itu, Mohd Najib turut memuat naik beberapa video dan gambar menarik sepanjang lawatan beliau ke bumi Jelapang Padi, antaranya bersarapan bersama rakyat setempat di Medan Selera Alor Merah dan projek pembesaran Masjid Ar Rahman di Alor Setar.


Selain itu, Perdana Menteri turut memuat naik video kunjungan beliau ke rumah En. Hanafi di Komuniti PR1MA di Kuala Ketil, Surau Al-Ikhwan serta lawatan beliau sekitar Residensi PR1MA Sungai Petani dan sempat bermesra dengan komuniti pertama di negeri itu.



Lawatan kerja sehari beliau diakhiri dengan program bersama rakyat Baling di Padang Awam Kuala Ketil dengan anggaran kehadiran lebih daripada 20,000 orang yang meraikan pemimpin nombor satu negara itu. -Kedahnews.com