GARA-GARA rokok elektronik (vape), lelaki ini terpaksa menderita apabila tujuh batang giginya patah selain mukanya turut melecur disebabkan insiden itu.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Idaho, Amerika Syarikat menimpa mangsa, Andrew Hall, 30, yang menggunakan vape berkenaan pada kuasa kepanasan tahap maksimum ketika menyedut asap dari vape berkenaan.
Letupan itu bukan sahaja mencederakannya malah turut menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di dalam tandas di rumahnya.
“Semalam ketika saya sedang bersiap untuk keluar bekerja, sesuatu yang tidak disangkakan telah berlaku.
“Saya telah menggunakan vape sejak sekian lama tapi kali ini nasib malang menimpa apabila ia telah meletup di muka saya.
“Saya kehilangan tujuh batang gigi dan bahagian muka turut terbakar. Kerongkong dan lidah saya juga cedera,” katanya lagi dipetik Daily Mail.
Susulan insiden itu, Andrew berkata dia tidak lagi akan menghisap vape namun dia sama sekali tidak akan mengutuk sesiapa yang masih lagi menggunakannya. –Kedahnews.com