PETRAJAYA – Bagaikan adegan filem ‘Fast & Furious’, seorang lelaki dan wanita gigih melarikan diri dari ditahan polis gara-gara tidak memiliki lesen memandu dalam kejadian di Taman Lebunda, di sini, semalam.
Suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu itu dikejar oleh anggota Unit Peronda Polis (MPV) kira-kira jam 4 petang selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Yaakub.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ketika pihak polis cuba menahannya, suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu tidak mengendahkan arahan dan terus memecut melarikan diri.
Ekoran itu, sebanyaki tujuh buah kereta peronda terpaksa mengejar suspek selama lebih dua jam. Bagaimanapun, suspek akhirnya memasuki jalan mati di Taman Lebunda dan terpaksa menyerah diri.
“Pemeriksaan mendapati, suspek enggan memberhentikan keretanya kerana bimbang ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu,” katanya.
Difahamkan, suspek turut melanggar tiga buah kenderaan lain ketika di dalam cubaan melarikan diri.
Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. –Kedahnews.com