Neelofa Sudah "Unfollow" Instagram Fattah Amin...


BARANGKALI kecewa hubungannya dengan Fattah retak akibat orang ketiga, pengacara dan pelakon Neelofa dikatakan telah berhenti menjadi pengikut Instagram hero drama Suri Hati Mr Pilot.

Memetik laporan BH Online, Neelofa bertindak sedemikian sejak hujung bulan lalu.

Sementara itu, Fattah percaya setiap individu termasuk Neelofa  mempunyai alasan sendiri untuk menjadi pengikut seseorang di laman bergambar itu atau sebaliknya.

“Saya rasa, soalan berhubung perkara ini sepatutnya diajukan kepada beliau,” katanya ringkas bersama BH Online.

Pun begitu Fattah memberitahu, hingga kini dia masih lagi mengikuti Instagram bintang jelita itu.

Hubungan Fattah dan Neelofa dikatakan retak sejak bulan lalu selepas aktor itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain iaitu seorang aktres berdarah campuran.

Fattah bagaimanapun masih lagi tidak mengulas lanjut perihal kebenaran gosip itu. 

Namun, aktres yang dikaitkan dengannya iaitu Tanya menafikan gosip dirinya bercinta dengan Fatah. –Kedahnews.com