Rumah Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda yang dikatakan pernah diduduki Tunku Abdul Rahman dimohon untuk dibangunkan. |
SUNGAI PETANI – NGO di daerah ini membantah cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk membangunkan kawasan di Jalan Pegawai kerana akan menghapuskan nilai sejarah yang penting.
Difahamkan, antara kawasan yang terlibat termasuklah beberapa rumah pegawai kerajaan yang masih ada penghuni dan rumah bekas pegawai daerah yang pernah diduduki Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman semasa memegang jawatan Pegawai Daerah Kuala Muda.
Naib Pengerusi Persatuan Sayang Sungai Petani (PSSP), Kamaruddin Kassim berkata, maklumat permohonan terbabit sudah pun diketahui umum menyebabkan beberapa pihak membantah cadangan berkenaan.
“Sungai Petani sendiri yang terletak dalam daerah Kuala Muda, tidak jauh dari tapak Kedah Tua dan Lembah Bujang perlu mempertahankan sejarah dan kebudayaan tersendiri, dengan cara mengekalkan bangunan ikonik yang boleh menjadi rujukan sejarah masa depan,” katanya.
Kamaruddin berkata, persatuan membantah permohonan PKNK bagi mendapatkan tanah terbabit sekali gus memohon agar Kedah mencari alternatif tanpa merobohkan khazanah sejarah khususnya Rumah Kediaman Pegawai Daerah Kuala Muda yang dikaitkan dengan Tunku Abdul Rahman.
“Difahamkan, Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia pernah tinggal di rumah terbabit semasa menjadi Pegawai Daerah Kuala Muda sekitar 1937 dan sejarah ini mungkin terpadam jika kerajaan negeri Kedah melalui PKNK merobohkannya.
“Saya juga difahamkan pada 1971, rumah ini diduduki Datuk Syed Osman Idid dan pada masa sama, Tuanku Abdul Halim berkenan singgah ke situ melalui gambar kenangan yang dirakam dan berada dalam simpanan keluarga terdekat,” katanya.
Guru Besar Baitul Rahmah Rohingya Learning Centre, Farah Najwa Zainudin berkata, pihaknya membantah cadangan pengambilan tanah di kawasan terbabit untuk dibangunkan atau dikomersialkan.
“Ini kerana setiap bangunan di kawasan sekitar berperanan menjalankan fungsi masing-masing termasuklah nilai sejarah yang perlu dikekalkan.
“Daripada nak jual atau diberikan kepada pemaju untuk dibangunkan, lebih baik kawasan itu dibaik pulih dan dijadikan pusat pembangunan bagi golongan ibu tunggal, warga emas, pelarian Rohingya atau anak yatim secara percuma atau dengan kos yang rendah.
“Secara tidak langsung ia memberi imej positif buat kerajaan negeri kerana membela nasib golongan tertindas tanpa mereka menagih perhatian pihak lain sehingga menyebabkan mereka terbeban,” katanya.
Sumber: Sinar Harian