SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) menyatakan tekad untuk membela pemimpin parti yang berhadapan tindakan undang-undang.
Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan menggunakan semua ruang dan saluran yang ada dalam parti bagi membantu pimpinan parti yang berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Mazlan Aliman yang berhadapan bankrap akibat kelantangannya membela peneroka melawan Felda, akan dibela oleh seluruh ahli PAN, NGO dan orang perseorangan bagi menyelesaikan tuntutan bayaran yang diarahkan mahkamah.
"Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Selangor dan telah dijatuhkan hukuman, akan juga dibela melalui saluran undang-undang, diplomasi dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.
Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.
Sementara Khalid didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di surau Taman Seri Sementa antara jam 10 malam hingga 11.30 malam pada 16 Ogos 2011.
Tambah Mohamad lagi, bagi ahli-ahli parti yang lain, PAN akan berusaha untuk membela mereka sekadar termampu.
"Kita mengharapkan sama ada Mazlan, Khalid dan lain-lain yang dikenakan tindakan supaya tabah dalam menghadapi segala bentuk cubaan ini.
"Mereka yang berada dalam perjuangan khasnya dalam parti pembangkang di Malaysia ini akan menghadapi segala bentuk tekanan dan dugaan," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian