SHAH ALAM - Sukar untuk mana-mana parti pembangkang mengadakan kerjasama dengan PAS sekiranya dasar serta matlamat perjuangan hanya berasas dan berpandukan satu parti sahaja, kata Parti Amanah Negara (PAN).
Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata, kerjasama dalam pakatan pembangkang diasaskan oleh persetujuan untuk memperjuangkan sesuatu dasar bersama.
Tidak mungkin bagi mana-mana parti dalam pembangkang untuk duduk dan bersetuju begitu sahaja dengan syarat yang diletakkan PAS.
"Kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang boleh berkongsi beberapa isu penting yang melibatkan negara dan rakyat. Mana boleh ikut dasar satu parti sahaja!
"Dalam mana-mana pakatan politik di dunia, walaupun parti itu mempunyai satu pegangan atau ideologi tersendiri, kita harus berjiwa besar untuk berkongsi beberapa dasar umum," katanya semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu berkata, parti Islam itu telah lama bertapak dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.
Menurut Salahuddin lagi, PAS sepatutnya mengutamakan kepentingan negara dan rakyat terlebih dahulu sebelum mengambil kira 'cara' yang diperjuangkan oleh parti itu.
"Kita membentuk kerjasama, dengan dasar dan matlamat yang dipersetujui bersama demi mengembalikan kemakmuran ekonomi, perangi gejala rasuah dan ubah beberapa agensi negara.
"Ini adalah ideologi yang kita kongsi bersama, persetujui dan tandatangani. Kalau itu sikap PAS, maka sukar bagi pembangkang untuk kerjasama," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian