PAS Suruh Mahathir Selesai Isu PAN Terlebih Dahulu


SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (PAN).

Ini kerana menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang akan "membuat kacau" dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi adalah PAN dan bukannya PAS.

“Mahathir sepatutnya kena selesai isu PAN (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).

“Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya PAS, tetapi daripada PAN sendiri,” katanya, semalam.

Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang.

“Kami tetap di pihak pembangkang, maka PAS perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.

“PAN pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS, jadi pengkhianat bukan dari PAS,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian