KUALA LUMPUR – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengecam tindakan portal berita Free Malaysia Today (FMT) menggunakan gambar pelajarnya sebagai latar berita isu ajaran sesat di pra-sekolah.
Ketua Pengarah PASTI, Mohd. Azam Abd. Samat berkata, perbuatan portal berita tersebut merupakan sebahagian daripada agenda berterusan Islamophobia oleh media berkenaan di negara ini.
“Ia jelas bercanggah dengan apa yang dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa ia merujuk kepada taska persendirian, antaranya membawa ajaran Millah Abraham yang diisytiharkan sesat dari akidah Islam pada tahun 2009.
“PASTI sebaliknya adalah entiti di bawah parti PAS yang diterima baik masyarakat serta diakui Kementerian Pendidikan di mana meliputi sekitar 10 peratus dari jumlah berdaftar pelajar pra-sekolah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd. Azam berkata, PASTI bukan sahaja utuh berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi pernah menerima anugerah dan pengiktirafan peringkat kebangsaan serta menjadi pra-sekolah Islam pilihan dan paling berpengaruh.
Justeru, katanya, tindakan FMT itu bertujuan menguatkan lagi rutin penyiaran bersifat persepsi dan cubaan mewajahkan Islam dengan imej negatif dan ekstrem serta menjelaskan pihak di balik tabir mereka.
“Ia termasuk kecurangan etika dan keganasan media di mana kita yakin masyarakat Malaysia lebih mengenali PASTI dan cubaan FMT bermain api seperti itu kelak akan membakar mereka sendiri,” katanya. –Kedahnews.com