Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Seorang pembancuh air terpaksa menyambut hari lahirnya di penjara selepas Mahkamah Majistret di sini, Isnin menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerana memecah masuk kedai dobi.
Majistret, Mahyudin Mohamad Som juga menjatuhkan hukuman penjara 15 hari terhadap Mohamed Rezuan Bahari, 23, bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 11 Januari lalu.
Mohamed Rezuan yang lahir pada 16 Januari 1994, mengaku memecah masuk Kedai Dobi, Clean Professional Xpress, di Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada 1.50 pagi, 11 Januari lepas, menyebabkan kerugian RM500.
Dia dakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjut sehingga 14 tahun.
Tertuduh juga gagal menunjukkan kad pengenalan kepada seorang anggota polis Mohamad Talib Mohd Lazim di Jalan Sri Permaisuri 7, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pukul 1.15 tengah hari, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(N) 1960 Pindaan 427/1990 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. - Bernama