Pelajar Kantoi Rakam, Sebar Video Celah Kangkang Guru


KUALA LUMPUR – Lima pelajar tingkatan tiga dikesan mengambil kesempatan merakam video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita ketika sedang balut meja murid di kelasnya di sebuah sekolah menengah, di sini.

Dalam kejadian Isnin lalu, pelajar berkenaan kemudian bertindak menyebarkan video berdurasi 0.10 saat itu dalam kalangan rakan pelajar lain sebelum diketahui oleh guru disiplin.

Terkejut dengan perkara itu, guru disiplin kemudian memaklumkan kepada guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris berkenaan.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Dang Wangi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman, kejadian berlaku di dalam sebuah kelas pada pukul 8.30 pagi.

“Setakat ini , dua murid tingkatan tiga telah dirakamkan percakapan sebagai saksi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya. –Kedahnews.com