RAMALLAH - Pelan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis merupakan serangan terhadap orang Islam.
Mufti Besar Palestin, Muhammad Hussein berkata, tindakan AS itu juga melanggar undang-undang antarabangsa dan hak penduduk Palestin yang menganggap bandar Baitulmaqdis merupakan kawasan yang dijajah oleh Israel.
"Pelan untuk memindahkan kedutaan berkenaan dari Tel Aviv di Israel ke Baitulmaqdis bukan sahaja satu serangan terhadap penduduk Palestin tetapi ke atas bangsa Arab dan masyarakat Islam.
"Kami tidak akan berdiam diri," katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid al-Aqsa.
Pada 10 Januari lalu, pegawai kanan kerajaan Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa penduduk Islam dan Kristian di seluruh Asia Barat agar bangkit untuk membantah pelan Trump itu.
Beliau yang juga merupakan anggota jawatankuasa pusat pergerakan Fatah, meminta solat diadakan di masjid di seluruh rantau tersebut selain pihak gereja membunyikan loceng sebagai tanda bantahan pada Ahad ini.
Pucuk pimpinan Palestin telah dimaklumkan oleh sumber diplomatik bahawa Trump akan mengumumkan pelan pemindahan itu pada ucapan pelantikan beliau pada 20 Januari ini.
Selain itu, Parti Republikan turut menyediakan sepucuk surat kepada Trump untuk meminta pentadbiran baharu AS agar mempercepatkan proses pemindahan kedutaaan tersebut.
Surat itu telah ditandatangani lebih 100 Senator dari Parti Republikan dan jumlah tersebut dijangka meningkat.
Sumber: mStar